IPOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal memerintah negara sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).
Menurut beliau, keyakinan itu mampu direalisasikan sekiranya semua peringkat dalam kepimpinan parti-parti gabungan terus mempertahankan keikhlasan dan kesepakatan dalam pentadbiran.
“Keikhlasan ini yang mengikat kita pada ketika itu (pembentukan kerajaan Perpaduan). Saya sering mengingatkan diri bahawa untuk memperoleh kejayaan itu sukar, untuk pertahankannya juga lebih sukar.
“Jadi, kita jangan pernah sentiasa berada dalam zon selesa, (sebaliknya) mesti mempertahankannya. Saya yakin ...