WALAUPUN saya pernah meletakkan album debut penyanyi, Amir Masdi antara album penuh terbaik mewarnai 2023, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bahawa Amir Masdi bukan produk muzik yang akan bertahan lama sepanjang dia bermuzik.
Alasan meletakkan Amir Masdi dalam kategori itu hanya kerana dia meraikan kembali trend penerbitan album penuh yang semakin kurang diberi perhatian dalam keadaan industri muzik masih berhadapan ketidaktentuan pasaran.
Apabila Amir, 28, merakam dan mengeluarkan beberapa single terdahulu seperti Pemilik Cinta, Asmara, ...