KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta ribut petir diramal melanda kawasan sekitar Bukit Jalil, petang ini.
Bagaimanapun, cuaca diramal baik pada sebelah malam sekali gus bakal memberi kelancaran kepada perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 9 malam ini.
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menerusi laman X dengan penyokong diharap dapat mengambil langkah awal untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ribuan penyokong kedua-dua pasukan dijangka membanjiri stadium yang ...