Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur dan gembira kerana anak sulungnya, Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan keluarga.
Bukan itu sahaja, pengarah berusia 70 tahun itu juga berkata Aidilfitri tahun ini sangat bermakna buat keluarganya yang berkumpul selepas beberapa tahun tidak lengkap kerana ketiadaan Syamsul.
Syawal kali ini saya dapat berkumpul lengkap satu keluarga. Saya dapat bersama dengan semua anak-anak dan menantu serta cucu. Orang kata buang yang keruh ambil yang jernih, apa yang dicari sekarang adalah ...