Tuah nyata menyebelahi Kilafairy apabila si empunya badan dijemput sebagai penyanyi undangan untuk memeriahkan lagi Konsert Bollywood Udit Narayan Live in Kuala Lumpur 2024 yang bakal berlangsung pada 28 Disember ini.
Untuk segelintir pihak yang mungkin tidak tahu, Kilafairy selain berlakon, juga mempunyai bakat terpendam sebagai penyanyi yang menyaksikan darah seni suara yang mengalir itu diwarisi daripada Allahyarham ibunya, penyanyi, Rohana Jalil.
Namun, apa yang lebih menarik, kebolehan Kilafairy dalam menyanyikan lagu-lagu berentak Bollywood sebenarnya sangat dipuji kerana ia tidak kedengaran ...