Usahawan dan personaliti ternama, Datuk Rizalman Ibrahim telah melakar satu lagi sejarah manis buat dirinya apabila telah dilantik sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Menurut Astro Awani, pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) itu telah diberi kepercayaan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan penuntut, tenaga pengajar dan pengurusan di pusat pengajian tinggi itu selama tiga tahun.
Read More →

Pesara pegawai tentera didenda RM150,000, terima wang bina rumah
KUALA LUMPUR: Seorang pesara tentera berpangkat mejar jeneral didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang RM100,000 bagi bayaran pembinaan sebuah rumah, dua tahun lalu.
Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas tertuduh, Datuk Zainal Abdul Manaf, 61, mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Sekiranya gagal membayar jumlah denda itu, boleh dipenjara enam bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.
Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim menasihatkan tertuduh supaya insaf ...

Artis, pendakwah dakwa tunggu bayaran, stesen TV tular kekal membisu
KUALA LUMPUR: Bukan sekadar gagal melunaskan tiga bulan gaji kakitangan, sebuah stesen televisyen (TV) milik seorang artis berpangkat Datuk juga didakwa tidak melangsaikan satu tahun bayaran kepada beberapa artis dan pendakwah yang pernah muncul dalam program yang disiarkan menerusi stesen berkenaan.
Perkara ini didakwa bekas kakitangan stesen TV berkenaan yang mahu dikenali sebagai Mr. Jawa, memaklumkan walaupun pelbagai desakan dibuat, pihak stesen penyiaran itu kekal mendiamkan diri mengenai isu tersebut.
“Bukan setakat gaji kakitangan tertunggak tiga bulan, malah ada bayaran ...

“Kena ‘Side Eyes’ Ke Tu?”- Ada Kelibat Ruhainies, Reaksi Dynas Mokhtar Buat Netizen Terhibur
Baru-baru ini, pelakon, Dynas Mokhtar telah memuat naik sebuah video di akaun TikToknya yang memaparkan dirinya bersama beberapa lagi individu di sebuah majlis.
Video tersebut dibuat bertujuan untuk mengucapkan tahniah kepada Astute Clinic UOA Glenmarie.
Dalam video tersebut, kelihatan pelakon, Ruhainies berdiri di sebelahnya dan video itu ternyata telah mendapat perhatian netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata reaksi Dynas seakan-akan menjeling akan pelakon tersebut.