KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat percetakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menggunakan mesin cetak tanpa lesen yang sah dan menghasilkan penerbitan lucah, lima bulan lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh, Chin Chang Swee, 44, didakwa telah menggunakan mesin cetak tanpa lesen sah daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), di bawah Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah menghasilkan penerbitan yang lucah ...