BARCELONA: Pelumba Ducati Pramac, Jorge Martin akhirnya bergelar juara dunia MotoGP 2024 selepas menamatkan perlumbaan terakhir kejuaraan, Grand Prix (GP) Solidariti Barcelona di tempat ketiga yang dimenangi oleh pencabar terdekat, Francesco Bagnaia.
Hadir di litar de Barcelona Catalunya dengan kelebihan 19 mata dan hanya perlu menamatkan perlumbaan dalam sembilan teratas untuk mengesahkan kejuaraan sekiranya Bagnaia memenangi perlumbaan berkenaan.
Bagnaia yang mesra disapa Pecco mengerahkan segala tenaga usahanya untuk merebut gelaran dunia ketiga dalam kariernya yang mana GP terakhir musim ini menjadi ...