Blog

“Ada Atas Jalan, Bawah Pokok” – Sambut Hari Kemerdekaan Di Dataran Putrajaya, Pengunjung Tak Tinggal Solat Subuh

Sebelum ini, tular luahan seorang lelaki bergelar ustaz yang kononnya berasa terkilan dengan pengunjung yang hadir membanjiri Dataran Putrajaya seawal 2 pagi bagi melihat perbarisan Hari Kemerdekaan yang ke-67.

Dakwa ustaz tersebut, kebanyakkan pengunjung yang hadir melihat perarakan itu tidak menunaikan solat Subuh dan ia menglalaikan umat Islam.

Terbaru, di platform TikTok, tular video seorang pengguna memaparkan ramai rakyat Malaysia beragama Islam beratur di luar tanda waktu Subuh bagi mengambil wuduk untuk menunaikan solat.