Blog

Semak

Kalau sama-sama bermuafakat tidak mungkin timbul sebarang masalah. Ia tidaklah serumit mana. Ia boleh dibawa berbincang. Masing-masing boleh memberi pendapat. Mana yang difikirkan betul dan baik diikuti. Tidak perlu bergaduh, bermasam muka atau berdendam. Tidak perlu tuduh-menuduh atau menyalahkan sesiapa, buat semak sahaja

Namun bila dibiarkan, inilah akibatnya. Demikianlah keadaannya. Siapa yang mahu dipersalahkan jika masing-masing terus membatu dan membisu? Tidak demikian halnya ketika kedua orang tua masing-masing masih ada.

Sewaktu kawasan itu dipenuhi pokok sawit yang masih lebat berbuah. Tandannya montok-montok. Beratnya beratus tan selori. Harganya pula melambung. Keadaan di situ meredupkan pandangan kerana sentiasa kemas dan terjaga. Sebabnya, belum sempat tumbuh-tumbuhan naik ia pantas diracun atau ditebas. Tidak kelihatan senduduk, lalang, penutup bumi dan rotan. Jika kelihatan pun hanya pelepah-pelepah kelapa sawit terkumpul dan rumput yang bertompok sana sini.

Kak Timah yang selalu mencari pucuk pakis dan pucuk ubi di sekitar kawasan itu pun tidak lagi kelihatan. Hingga tertanya-tanya juga di hati kecil Long Jalil. Apa sebab dan kenapa? Dulu masa mentari mula meninggi, hampir saban hari kelihatan bayangnya muncul dan bergerak di kawasan itu.

Dari jendela belakang rumah dapat dilihat dengan jelas perempuan tersebut. Begitu tekun dia memetik pucuk-pucuk tumbuhan melata dan segar itu. Tidak dinafi sedap dan membuka selera jika ditumis, dimasak lemak atau kadang-kadang direbus serta dicicah sambal belacan. Ia mengalahkan sayur yang dibeli di kedai.

Itulah sebabnya, kak Timah suka. Bukan saja dia tetapi juga suaminya.

“Tak cukup seperiuk kalau Bang Udin yang makan jika dihidang lauk sebegitu,” seloroh kak Timah dulu. Memang bertambah-tambah suaminya makan jika terhidang lauk yang langsung tidak tercemar itu.

Sebagaimana kata Tuti, kak Timah serik hendak ke situ lagi. Jirannya itu memberitahu dia tidak seberani macam dulu. Dulu bila tergerak saja hati tidak kira masa pagi atau petang sanggup dia ke sana. Tidak dikisahkan berteman atau tidak. Tetapi jauh berbeza dengan sekarang.

Terpandang saja kawasan itu rasa takut yang bukan kepalang spontan menghantuinya. Jika diupah sekali pun, berteman atau tidak, tidak sesekali dia akan ke situ lagi. Memang sudah lama tidak dicari pucuk-pucuk itu. Bukan kerana Tuti yang selalu diajak kurang sihat atau kerana Encom anaknya ke asrama. Kini bermacam-macam perkara pula yang bermain dan dikhuatirkan. Jika takut hanya terserempak binatang-binatang seperti ular, kala jengking, tupai, monyet itu bukan alasannya.

Ekoran peristiwa yang menyebabkan semangatnya seperti tercabut itulah punca sebenar. Ia masih kejap terpacak di ingatan. Bila teringat, spontan dada kak Timah berdebar-debar. Masih terbayang ketika dia bertembung dengan binatang berkaki empat dan bertaring itu. Entah dari mana munculnya. Tergiang-ngiang dengusannya yang kuat.

Kala itulah juga kak Timah melaung sekuat hati sambil berlari seperti tidak cukup tanah! Habis bertaburan pucuk pakis dan ubi yang dikutip. Mujurnya dia tidak tersandung sebarang akar atau tunggul. Pucat lesi wajahnya ketika tiba di rumah. Tanpa sepatah kata dapat diucap bila Encom berkali-kali bertanya kenapa. Keesokan hari dia demam.

Sementara itu sejak mendengar cerita kak Timah, Tuti yang sedia penakut bertambahlah takutnya. Sejak itu juga dikuburkan hasrat bagi mencari pucuk tersebut. Kini hendak melalui kawasan itu seorang diri walau di siang buta pun dia terasa seram.

Puas sudah Long Jalil menjawab pertanyaan demi pertanyaan mengenai tanah itu. Siapakah pemilik sebetulnya? Mengapa ia dibiarkan? Mengapa ia tidak diusahakan? Demikian di antara pertanyaan yang kerap diajukan sama ada orang kampung atau dari luar Kampung Jati. Terkadang berdesing juga telinganya.

Namun secara berhemah dia tetap memberikan penjelasan agar mereka faham. Ada juga yang datang dan menawarkan untuk membeli tanah itu biar setinggi mana harganya. Ada pula secara sukarela hendak menumpang bercucuk tanam di situ. Pendeknya, bermacam ragam dan kerenah orang sudah ditemui. Sampaikan terkadang dia tersenyum sendiri.

Dia memahami kenapa tanah itu terlalu bernilai mengalahkan emas sekarang. Sudah tentu kerana kedudukannya yang strategik selain berdekatan dengan pelbagai kemudahan. Bagi memperoleh tanah sebegitu bukan mudah. Jika ada pun, harganya tentu mahal. Ia di tepi jalan hala ke pekan di mana saban hari menjadi laluan orang ke destinasi tertentu kerana infrastruktur seperti sekolah, masjid, klinik, kedai, selain stesen minyak dan pasar mini berada di sekitar. Tanpa disedari semua itu menjadi daya tarikan. Kedudukan tanah yang sebegitu juga amat sesuai bagi rumah kediaman.

Warung dan rumah Long Jalil terletak di bahagian belakang. Ia termasuk di dalam kawasan tanah berkeluasan dua hektar tersebut. Sementara rumah sepupunya Ramzi, yang berada di dalam kawasan yang sama terletak di bahagian depan berdekatan surau.

Dan kawasan yang dipenuhi semak berada di tengah-tengahnya. Ia menjadi semacam batas pemisah di antara dua rumah keluarga itu. Adik-beradik Long Jalil dan Ramzi telah lama berhijrah.

Hanya kedua mereka yang menetap di kampung sejak dulu bersama orang tua masing-masing.

Pak Seman ayah kepada Long Jalil sementara Pak Ali ayah Ramzi merupakan adik bungsu. Mereka juga mempunyai seorang kakak, Mak Melah. Mereka cuma tiga beradik.

Setelah pemergian Mak Melah dan juga suaminya Haji Kusin, kedua adik-beradik itu menjadi pewaris pada segala harta yang ditinggalkan. Ini disebabkan kakak sulungnya itu tidak dikurniakan zuriat. Begitu pun kebanyakan harta telah banyak yang dijual semasa hayat kedua masih ada. Ini termasuklah beberapa puluh hektar tanah kebun seperti getah dan sawit selain sawah padi.

Satu-satunya harta yang masih kekal adalah tanah dua hektar itu. Tanah di mana ditumpangi Pak Seman dan Pak Ali. Kini didiami pula oleh keluarga Long Jalil dan keluarga Ramzi setelah masing-masing ketiadaan ibu bapa.

Kadangkala terfikir juga oleh Long Jalil. Kemungkinan tidak sedemikian ceritanya jika tanah itu terletak jauh di ceruk pedalaman. Adakah sesiapa yang kisah dan ambil peduli? Barangkali tidak.

Jika difikir rugi, tentulah rugi. Jika difikir sayang tentulah sayang kerana tanah yang sepatutnya mendatangkan pulangan itu tidak diusahakan dan dikerjakan sekian lama. Lebih sedekad jika dihitung-hitung terbiar begitu.

“Inilah akibatnya apabila perkara mudah sengaja disulitkan.” Getus Long Jalil dalam hati. Tentu tidak demikian kalau Ramzi bersepakat dan bersetuju dengan cadangannya itu sejak dulu.

Sebelum memperoleh hak milik atas nama masing-masing ke atas tanah tersebut, mereka yang menjadi pewarisnya perlu melaksanakan prosedur tertentu lebih dulu.

Misalnya, proses pecah bahagian dan sebagainya. Ia juga perlu ke pejabat tertentu seperti Pejabat Tanah, Pejabat Harta Pusaka dan Pejabat Agama. Tapi itulah masalahnya.

Namun Long Jalil tidak seserius dulu memikirkannya. Jalan mudah diambil. Andai sesiapa bertanyakan hal tanah tersebut, dia menyarankan supaya berjumpa Ramzi. Dia akan lepas tangan. Dia malas masuk campur. Apatah sejak disahkan mengidap penyakit darah tinggi. Dia perlu banyak bertenang bagi mengelak bacaan darahnya naik mendadak. Nasihat doktor sentiasa diingat.

Baginya kesihatan lebih diutamakan.

Di usia senja begini juga segala bentuk kesenangan dunia sebegitu sudah wajar dipinggirkan. Sebaiknya, diisi dengan perkara lebih bermanfaat.

“Awak mengalah sajalah. Esok, pergilah jumpa Ramzi. Jelaskan padanya tentang segala semak yang semakin mendatangkan kerisauan dan ancaman serta menyakitkan mata itu.” Syor Lijah tergiang-giang di telinga. Isterinya yang berbaring di sebelah di agak sudah lelap. Barangkali ia terdengar keluh-kesahnya yang lama terlentang di bilik.

Dia akui memang payah tidur walau badannya terasa penat. Lijah yang hanya berkemban itu dijeling sekali lalu. Luntur seleranya. Sedar usia keduanya sudah lanjut.

“Sedarkah apa yang awak cakap? Awak nak tuduh selama ini saya yang tak mengalah. Begitu?” Lalu diimbau segala usaha yang dilakukan. Ditemui ketua kampung, penghulu, turun naik pejabat tanah, pejabat agama, pejabat harta pusaka tanpa kira tenaga dan wang ringgit. Adakah semua itu dilakukan sekadar suka-suka atau cuba memandai sendiri? Tidak lain bagi mencari jalan penyelesaian dengan mengikut segala peraturan dan hukum. Malangnya, segala tindakan dan usaha itu disalahertikan pula oleh Ramzi.

“Tetapi tengoklah. Apa yang saya dapat? Awak pun tahu. Malah bermacam-macam tuduhan pula yang dilemparkan Ramzi di belakang saya. Adakah patut?” Menuduh dirinya hendak membolot kesemua tanah pusaka itu amat keterlaluan dan payah diterima.

“Kini tanah itu sudah jadi sarang bermacam jenis binatang. Dah dipenuhi dengan semak. Hendak terus dibiar hingga bertukar jadi hutan?” Long Jalil masih pasang telinga. Sementara matanya pejam celik.

“Udah…. Tidurlah! Dah nak pagi ini. Esok terlajak bangun pula,” lalu bebelan Lijah dicantas sebelum berlarutan.

Pagi itu Long Jalil dikejutkan dengan sesuatu yang belum pernah berlaku dengan tanaman di belakang rumahnya. Terbongkang pokok-pokok ubi, keladi, keledek, nenas, jagung, serai dan pisang yang selama ini membesar dengan subur dan tidak terusik sebarang hama.

Kisah binatang berkaki empat dan bertaring seperti kata kak Timah lantas terbayang di kepalanya. Matanya merayap ke tanah sebelum mengangguk-angguk setelah pasti pelakunya. Tidak salah lagi kerja binatang itu setelah melihat lebih dekat bekas tapak kakinya. Kemudian dia memandang ke arah kebun yang semak. Hatinya terasa begitu jengkel!

Lijah yang turut berada di situ seakan masih tidak percaya dengan apa yang dilihat. Belum pernah berlaku kejadian sebegini sepanjang mereka bercucuk tanam. Sayangnya melihat segala tanaman yang musnah itu menitiskan air jernih yang mengalir di pipinya tanpa disedari.

Terkenang Long Jalil kepada pemburu handal binatang berkaki empat di pekan itu semasa zaman remajanya. Ketika bersama kawan-kawannya di jambatan setiap petang, jarang dia melihat

Apek Lekeh pulang berburu dengan tangan kosong. Ada saja hasilnya terutama binatang berkaki empat itu. Ia diikat di belakang tempat duduk motosikal cabuknya. Kadang-kadang kelihatan darah masih menjejeh keluar dari perut atau hidung binatang itu hingga menimbulkan rasa jijik.

“Kalau dia masih ada masalah begini senang diatasi. Panggil saja dia, datang dan tembak,” Long Jalil bermonolog.
“Tapi sampai sekarang dia tak ada pengganti. Sebab itu, bukan saja di darat malah di pekan, binatang itu kian naik lemak, berani timbul dan bermaharaja lela .”

Petang kian redup. Tidak seperti dulu dari kawasan semak mula kedengaran cengkerik bertingkah. Namun beberapa waktu ke belakangan semakin banyak kedengaran suara dan bunyi yang aneh. Ada yang nyaring, bersahut-sahut dan tidak kurang meremangkan bulu roma. Jelas, ia bukan suara monyet dan lotong.

Seawal pagi Long Jalil menghayun langkah ke arah rumah di hujung surau. Niat murninya akan diluahkan pada Ramzi. Dia mengharapkan sepupunya bersetuju dan memberi kebenaran padanya untuk membersihkan seluruh kawasan semak itu. Hanya itu yang diharapkan tanpa mahu menyentuh perihal pembahagian tanah yang masih tergantung itu.

Tidak lama lagi cuti sekolah. Cucu-cucunya akan pulang. Timbul rasa cuak muncul binatang berkaki empat dan bertaring itu dari semak meluru ke arah cucu-cucunya yang sedang bermain. Jadi, sebelum berlaku sebarang peristiwa tidak diingini tindakan itulah yang difikir wajar diambil.

Keesokkan hari, lenyap segala semak-samun dikerjakan jentera. Lapang fikiran dan terasa sejuk hati Long Jalil. – UTUSAN



kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source

Kontraktor Bina Rumah IBS

LPPSA Kelayakan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Rumah Kontena Pinjaman LPPSA Rumah Pasang Siap Kontena Murah Rumah Kabin Buat Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjamana Perumahan Kerajaan Loan LPPSA Untuk Beli Rumah Kelayakan LPPSA Rumah Kontena Pasang Siap Rumah Pasang Siap Malaysia Rumah IBS Malaysia Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor LPPSA Loan Kontraktor Rumah Kontraktor Rumah IBS Kontraktor Rumah IBS Di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali‎ Kontraktor Bina Rumah di Klang‎ Kontraktor Bina Rumah di 16 Sierra, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Ampang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Balakong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Bangi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Klang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Selayang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Botanic Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 1, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Tinggi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Country Homes Kontraktor Bina Rumah di Bandar D’Alpinia, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Kinrara BK 1 Sehingga 6, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Mahkota Cheras Kontraktor Bina Rumah di Bandar Nusa Rhu Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puchong Utama, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Putra Permai Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rasa Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rinching Kontraktor Bina Rumah di Bandar Saujana Utama Kontraktor Bina Rumah di Bandar Seri Putra Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Buaya Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Long Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sunway Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Bandar Tasik Kesuma Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teknologi Kajang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Bandar UtamaKontraktor Bina Rumah di Banting Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali Kontraktor Bina Rumah di Batu 9 Cheras Kontraktor Bina Rumah di Batu Arang Kontraktor Bina Rumah di Bernam Jaya Kontraktor Bina Rumah di Bukit Antarabangsa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Beruntung Kontraktor Bina Rumah di Bukit Gasing Kontraktor Bina Rumah di Bukit Komanwel Kontraktor Bina Rumah di Bukit Lanjan Kontraktor Bina Rumah di Bukit Raja Kontraktor Bina Rumah di Bukit RimauKontraktor Bina Rumah di Bukit Sentosa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tagar Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tampoi Kontraktor Bina Rumah di Country Heights Kontraktor Bina Rumah di Damansara Damai Kontraktor Bina Rumah di Damansara Intan Kontraktor Bina Rumah di Damansara Jaya Kontraktor Bina Rumah di Damansara Perdana Kontraktor Bina Rumah di Damansara Utama Kontraktor Bina Rumah di Denai Alam Kontraktor Bina Rumah di Dengkil Kontraktor Bina Rumah di Dusun Tua Kontraktor Bina Rumah di Gombak SetiaKontraktor Bina Rumah di I-City Kontraktor Bina Rumah di Kajang Kontraktor Bina Rumah di Kalumpang Kontraktor Bina Rumah di Kampung Jenderam Hilir Kontraktor Bina Rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam Kontraktor Bina Rumah di Kelana Jaya Kontraktor Bina Rumah di Kinrara Kontraktor Bina Rumah di Klang Kontraktor Bina Rumah di Kota Damansara Kontraktor Bina Rumah di Kuala Kubu Bharu Kontraktor Bina Rumah di Kuang Kontraktor Bina Rumah di Kwasa Damansara Kontraktor Bina Rumah di Lembah Beringin Kontraktor Bina Rumah di Mutiara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Pandan Indah Kontraktor Bina Rumah di Pelabuhan Klang Kontraktor Bina Rumah di Pinggiran Cyberjaya Kontraktor Bina Rumah di Puchong, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Bangi Kontraktor Bina Rumah di Rawang, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sungai Rinching Kontraktor Bina Rumah di Sabak, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sekinchan Kontraktor Bina Rumah di Selayang Kontraktor Bina Rumah di Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Serendah Kontraktor Bina Rumah di Seri Kembangan Kontraktor Bina Rumah di Subang Bestari Kontraktor Bina Rumah di Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Taman Tasik Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Tanjung Sepat Kontraktor Bina Rumah di Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Teluk Panglima Garang Kontraktor Bina Rumah di Tropicana Kontraktor Bina Rumah di UEP Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ulu Yam Kontraktor Bina Rumah di Gombak Kontraktor Bina Rumah di Hulu Langat Kontraktor Bina Rumah di Hulu Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Langat Kontraktor Bina Rumah di Kuala Selangor Kontraktor Bina Rumah di Petaling Jaya Kontraktor Bina Rumah di Sabak Bernam Kontraktor Bina Rumah di Sepang Kontraktor Bina Rumah di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Lumpur Kontraktor Bina Rumah di Shah Alam Kontraktor Bina Rumah di Kapar Kontraktor Bina Rumah di Meru Kontraktor Bina Rumah di Puncak Alam Kontraktor Rumah Bina Rumah Pinjaman LPPSA Pengeluaran Kwsp Spesifikasi Rumah Rumah IBS Pelan Rumah Rekabentuk Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kontraktor Rumah Selangor Rumah Banglo Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Johor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Terengganu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Perak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri MelakaBina Rumah Atas Tanah Sendiri Negeri Sembilan Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Loan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Skim Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2021 Pakej Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah SendiriBina Rumah Bawah 100k Kelantan Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah 2022 Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Pengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Bina Rumah Murah Kontraktor Bina Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Bajet 50k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Bina Rumah Bajet 30k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Bajet 10k Bina Rumah Bajet 50k Selangor Bina Rumah SendiriBantuan Bina Rumah Atas Tanah SendiriKos Bina Rumah 2022Kos Bina Rumah 20×30 Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah SendiriPengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Kalkulator Bina Rumah Sendiri Pengeluaran Kwsp Untuk Bina Rumah Loan LPPSA Untuk Bina Rumah Kos Bina Rumah Bajet Kos Bina Rumah Kampung Bina Ayat Rumah Tangga Binatang Di Dinding Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pinjaman LPPSA Ubahsuai Rumah Pinjaman LPPSA Beli Rumah Pinjaman LPPSA Bina Rumah Pinjaman LPPSA Untuk Beli Tanah Pinjaman LPPSA Untuk Bina Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pertanian Pinjaman LPPSA Jenis 5 Pinjaman LPPSA Atau Bank Semak Baki Pinjaman LPPSA Semakan Baki Pinjaman LPPSA Semak Baki Pinjaman LPPSA Sms Jenis Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Kelayakan Pinjaman LPPSA Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Bina Rumah Borang Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Pinjaman Perumahan LPPSA Pinjaman Ubahsuai Rumah LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Untuk Ubahsuai Rumah Pinjaman Perumahan LPPSA Vs Bank Pinjaman Bank Ke LPPSA Pinjaman Bersama LPPSA Pengiraan Kos Bina Rumah Sendiri Cara Jimat Buat Rumah Sendiri Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Pengalaman Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Kos Bina Rumah 20×30 Kos Bina Rumah Paling Murah 2022 Harga Upah Tukang Rumah 2022 Kos Bina Rumah Kampung Kos Bina Rumah Bajet Anggaran Kos Bina Rumah 3 Bilik Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kalkulator Bina Rumah Sendiri Rate Loan Rumah Kelayakan Loan Rumah Pinjaman Perumahan Public Bank Interest Bank Loan Rumah 2023 Interest Loan Rumah 2023 Berapa Lama Bank Proses Loan Rumah Cara Kira Interest Loan Rumah Bank Loan Rumah Terbaik Interest Bank Loan Rumah Public Bank Loan Rumah Affin Bank Loan Rumah Letter Offer Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Calculator Hong Leong Bank Loan Rumah Mbsb Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Cimb Bank Loan Rumah Agrobank Loan Rumah Bank Mana Senang Lulus Loan Rumah Bank Rakyat Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Bank Terbaik Untuk Loan Rumah Bank Call Untuk Pengesahan Loan Rumah Bank Muamalat Loan Rumah Bank Yang Mudah Lulus Loan Rumah Bank Akan Call Untuk Loan Rumah Bank Mbsb Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Contact Number LPPSA

0
  Related Posts
  • No related posts found.

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X