Blog

Bekalan air terputus di MRSM Langkawi susahkan pelajar

Saudara pengarang,

Masalah terputus bekalan air bukanlah perkara baharu yang berlaku di Pulau Langkawi khususnya di Kuah.  Malah isu sudah menjadi tidak asing lagi kepada penduduk setempat terutamanya kepada warga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi di Ayer Hangat.

Namun demikian, apa yang membimbangkan sejak Januari lalu negara kita sedang berdepan dengan cuaca El Nino yang menyebabkan cuaca panas terik dan kekurangan hujan di Utara tanah air. 

Malah, laporan media tentang keadaan paras air di Sungai Melaka yang dikeluarkan pada 5 Februari lalu turut menambah kegusaran. 

Untuk makluman, sejak Januari lalu lebih kurang 700 orang  pelajar MRSM Langkawi telah melalui satu episod kekurangan bekalan air yang panjang di mana sepanjang tempoh peperiksaan akhir penggal yang lalu mereka terpaksa mengangkut air dari lori tangki yang dibekalkan oleh pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk kegunaan harian yang mana keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu emosi, mental dan fizikal anak-anak. 

Sebelum ini juga mereka sudah lali berdepan dengan masalah ini tetapi menurut anak-anak yang terlibat, kali ini merupakan yang terburuk dan paling lama apabila bukan sahaja mereka terpaksa mencatu kegunaan air malahan terpaksa menahan diri untuk membuang air besar kerana tangki tandas tiada air untuk dipam.

             Keadaan ini bertambah rumit untuk pelajar-pelajar perempuan yang terdiri daripada anak-anak gadis yang baru meniti usia akil baligh dan mereka perlu menguruskan diri ketika datang haid. 

Penulis sendiri mempunyai anak perempuan dan memahami bagaimana sukarnya untuk mencuci kotoran ketika datang haid yang tidak tentu masa dan ketika. 

Itu belum dikira baju-baju kotor yang perlu dicuci setiap hari kerana dobi layan diri di dalam maktab juga tiada bekalan air. 

Justeru ibu bapa terpaksa mencari alternatif lain dengan menggunakan khidmat runner untuk khidmat pengurusan dobi di luar Maktab dan sudah tentu ibu bapa terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih.

Justeru dengan tidak berapa hari lagi Ramadan akan menjelang dan serentak itu para pelajar baru dan lama akan mula mendaftar untuk sesi persekolahan 2024/2025. Apa yang menjadi kebimbangan ibu bapa dan waris para pelajar ialah bagaimana para pelajar hendak menguruskan diri dalam bulan puasa yang panas dan kering dengan ketiadaan bekalan air yang mencukupi untuk keperluan harian serta melaksanakan amal ibadah sedangkan dalam Islam sendiri kebersihan itu sebahagian daripada iman? Ya betul. 

Memang diakui pihak SADA ada menyediakan lori tangki yang menghantar bekalan air ke Maktab tetapi ia tidak mencukupi dan ada kalanya air tidak sampai sepenuhnya ke tangki-tangki tandas. Ini yang amat dibimbangkan kerana jika persekitaran tandas dan asrama pelajar kotor maka kuman mudah membiak dan penyakit mudah tersebar. 

Kami juga telah sedia maklum pihak MUAFAKAT MRSM Langkawi juga telah mengambil inisiatif membeli stok air mineral untuk para pelajar tetapi sampai bila perkara ini boleh dilakukan kerana duit yang digunakan itu datang dari tabung kutipan ibu bapa.

Oleh kerana kegusaran ibu bapa terhadap isu ini, maka kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) sepanjang  bulan Ramadan untuk pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 3 telah dicadangkan kepada pihak Maktab. 

Ini kerana mereka semua tidak terlibat dengan peperiksaan penting pada tahun ini dan juga untuk memberikan laluan kepada adik-adik junior untuk mendaftar dan memberi peluang kepada senior-senior yang ada peperiksaan penting untuk menggunakan air di masa-masa kritikal ini. 

Kami difahamkan pihak maktab telah pun memohon kepada pihak Bahagian Pendidikan MARA (BPM) bagi mengadakan PDPR untuk para pelajar yang telah disebutkan tadi tetapi malangnya permohonan tersebut tidak diluluskan. Yang menjadi persoalannya di sini, kami sebagai ibu bapa tertanya-tanya dan terpinga-pinga serta ingin mengetahui secara bertulis dan formal:

  1.   Mengapa permohonan PDPR ini tidak diluluskan sedangkan MARA, Maktab dan MUAFAKAT sendiri telah sedia maklum isu yang kian meruncing di MRSM Langkawi.
  2.   Mengapa alasan yang diberikan oleh oleh pihak MARA menerusi pihak Maktab ialah PERMOHONAN KELAS PDPR BAGI PELAJAR TINGKATAN 2 DAN TIGA TIDAK DILULUSKAN OLEH PIHAK BPM MEMANDANGKAN SESI PENGAJIAN 2024/2025 BAHARU SAHAJA BERMULA.

Ini kerana pada Januari lalu, MRSM Kota Putra Besut juga telah mengalami gangguan air tetapi pelajar dibenarkan untuk PDPR sedangkan peperiksaan akhir sudah hampir pada ketika itu. 

Bolehkah pihak MARA khususnya pihak BPM memberi justifikasi secara bertulis dan formal mengenai dua keadaan ini untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham yang berpanjangan?

  1.   Jika MARA merasakan tiada keperluan untuk PDPR sepanjang bulan Ramadan ini, apakah jaminan pihak MARA dan Maktab agar keperluan air anak-anak ini mencukupi untuk sepanjang Ramadan tanpa perlu bercatu terutamannya untuk makanan, minuman dan kebersihan?
  2.   Isu air ini telah bertahun-tahun  membelenggu rakyat Kedah khususnya di Kawasan Langkawi. Pelbagai alasan seperti cuaca kering dan paip bocor diberikan oleh pihak SADA. 

Tetapi yang peliknya kawasan pelancongan, hotel, resort dan inap desa (homestay) tidak pula mengalami gangguan air. Justeru apakah pelan jangka pendek dan panjang yang telah dirangka oleh pihak MARA dan Maktab untuk mengatasi masalah air di Maktab selain bergantung harap pada SADA? Kami berharap penjelasan dapat diberikan secara  telus kepada ibu bapa dan bukan hanya melalui wakil ibu bapa untuk mengelakkan salah faham dan percanggahan maklumat.

  1.   Kami juga amat berterima kasih kepada Pengerusi MARA iaitu Datuk Wira Ashraf Wajdi Dusuki kerana ambil maklum tentang permasalahan ini dan dalam lawatan beliau ke Maktab pada tahun lalu, beliau telah mengumumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri dan Majlis MARA meluluskan peruntukan sebanyak RM960,000 untuk kerja-kerja tambah baik infrastruktur, penggantian alat-alat perkakas termasuklah kerja-kerja membaik pulih saluran air bersih dan tangki air Maktab. Namun begitu apakah status peruntukan dan penambahbaikan tersebut?
  2.   Namun apa yang lebih penting pada ketika ini ialah kami memerlukan campur tangan Datuk Wira Pengerusi untuk memberikan kebenaran kepada para pelajar yang terlibat untuk PDPR sepanjang bulan puasa ini demi untuk menjamin keselesaan dan keselamatan mereka dan apa yang paling utama ialah mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk dan tawaduk.
  3.   Kami juga telah dimaklumkan ramai ibu bapa yang telah berhubung dengan Datuk Wira Pengerusi menerusi pelbagai saluran seperti e-mel, Facebook dan whatsapp mengenai masalah air dan PDPR ini  namun tiada jawapan diberikan. Sebagai Pengerusi MARA yang cakna kepada para pelajar MARA, maka kami memohon maklum balas segera Datuk Wira Pengerusi dalam perkara ini.

 Kami sebagai ibu bapa cuba sehabis baik untuk berkomunikasi dengan MARA dan maktab mengenai isu ini kerana kami sebagai waris pelajar selama ini sangat menyokong segala tindakan dan cara pihak MARA serta maktab mencorakkan anak-anak kami tetapi jika ada sebarang isu atau perkara yang serius berlaku, kami ibu bapa merasakan perlunya ketelusan daripada pihak MARA dan maktab berkomunikasi dengan para waris dan bersikap profesional memandangkan reputasi MARA sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang telah terbukti melahirkan insan-insan yang berjaya. 

Malahan MRSM Langkawi kini menduduki ranking pertama dalam keseluruhan Maktab. Jadi janganlah biarkan isu yang remeh-temeh mencalar imej dan kredibiliti MARA dan Maktab.

Untuk makluman pihak YBhg Datuk Wira Pengerusi dan pihak Maktab, kami para waris sedia berkorban wang ringgit untuk pengangkutan tiket kapal terbang dan apa-apa sahaja untuk keselesaan anak-anak kami belajar di Langkawi dan kebanyakkan daripada kami bukannya semua datang daripada golongan T20 yang mempunyai pendapatan tinggi. 

Oleh yang demikian, perancangan ataupun pemakluman awal mengenai kepulangan anak-anak ke rumah dan Maktab adalah sangat penting buat kami untuk mengatur perbelanjaan pengangkutan dan makan minum mereka. 

Oleh itu, saya merayu dan memohon kepada pihak MARA dan Maktab mengambil berat tentang sebarang arahan, perubahan tarikh ataupun apa-apa sahaja perkara yang melibatkan pengangkutan, aktiviti dan kebajikan anak-anak.

Justeru, saya sebagai salah seorang ibu bapa yang terkesan dengan permasalahan di MRSM Langkawi ingin memohon sekali lagi jasa baik dan pertimbangan daripada MARA terhadap isu ini dan sekiranya tiada jaminan terhadap masalah yang melanda, saya berharap agar MARA dapat meluluskan PDPR untuk para pelajar tingkatan 2 dan 3 sebelum sesi  2024/2025 bermula. Terima kasih.

 

Waris cakna

 

 

 

 

 



kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source

Kontraktor Bina Rumah IBS

LPPSA Kelayakan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Rumah Kontena Pinjaman LPPSA Rumah Pasang Siap Kontena Murah Rumah Kabin Buat Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjamana Perumahan Kerajaan Loan LPPSA Untuk Beli Rumah Kelayakan LPPSA Rumah Kontena Pasang Siap Rumah Pasang Siap Malaysia Rumah IBS Malaysia Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor LPPSA Loan Kontraktor Rumah Kontraktor Rumah IBS Kontraktor Rumah IBS Di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali‎ Kontraktor Bina Rumah di Klang‎ Kontraktor Bina Rumah di 16 Sierra, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Ampang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Balakong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Bangi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Klang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Selayang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Botanic Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 1, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Tinggi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Country Homes Kontraktor Bina Rumah di Bandar D’Alpinia, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Kinrara BK 1 Sehingga 6, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Mahkota Cheras Kontraktor Bina Rumah di Bandar Nusa Rhu Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puchong Utama, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Putra Permai Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rasa Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rinching Kontraktor Bina Rumah di Bandar Saujana Utama Kontraktor Bina Rumah di Bandar Seri Putra Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Buaya Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Long Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sunway Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Bandar Tasik Kesuma Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teknologi Kajang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Bandar UtamaKontraktor Bina Rumah di Banting Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali Kontraktor Bina Rumah di Batu 9 Cheras Kontraktor Bina Rumah di Batu Arang Kontraktor Bina Rumah di Bernam Jaya Kontraktor Bina Rumah di Bukit Antarabangsa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Beruntung Kontraktor Bina Rumah di Bukit Gasing Kontraktor Bina Rumah di Bukit Komanwel Kontraktor Bina Rumah di Bukit Lanjan Kontraktor Bina Rumah di Bukit Raja Kontraktor Bina Rumah di Bukit RimauKontraktor Bina Rumah di Bukit Sentosa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tagar Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tampoi Kontraktor Bina Rumah di Country Heights Kontraktor Bina Rumah di Damansara Damai Kontraktor Bina Rumah di Damansara Intan Kontraktor Bina Rumah di Damansara Jaya Kontraktor Bina Rumah di Damansara Perdana Kontraktor Bina Rumah di Damansara Utama Kontraktor Bina Rumah di Denai Alam Kontraktor Bina Rumah di Dengkil Kontraktor Bina Rumah di Dusun Tua Kontraktor Bina Rumah di Gombak SetiaKontraktor Bina Rumah di I-City Kontraktor Bina Rumah di Kajang Kontraktor Bina Rumah di Kalumpang Kontraktor Bina Rumah di Kampung Jenderam Hilir Kontraktor Bina Rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam Kontraktor Bina Rumah di Kelana Jaya Kontraktor Bina Rumah di Kinrara Kontraktor Bina Rumah di Klang Kontraktor Bina Rumah di Kota Damansara Kontraktor Bina Rumah di Kuala Kubu Bharu Kontraktor Bina Rumah di Kuang Kontraktor Bina Rumah di Kwasa Damansara Kontraktor Bina Rumah di Lembah Beringin Kontraktor Bina Rumah di Mutiara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Pandan Indah Kontraktor Bina Rumah di Pelabuhan Klang Kontraktor Bina Rumah di Pinggiran Cyberjaya Kontraktor Bina Rumah di Puchong, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Bangi Kontraktor Bina Rumah di Rawang, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sungai Rinching Kontraktor Bina Rumah di Sabak, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sekinchan Kontraktor Bina Rumah di Selayang Kontraktor Bina Rumah di Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Serendah Kontraktor Bina Rumah di Seri Kembangan Kontraktor Bina Rumah di Subang Bestari Kontraktor Bina Rumah di Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Taman Tasik Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Tanjung Sepat Kontraktor Bina Rumah di Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Teluk Panglima Garang Kontraktor Bina Rumah di Tropicana Kontraktor Bina Rumah di UEP Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ulu Yam Kontraktor Bina Rumah di Gombak Kontraktor Bina Rumah di Hulu Langat Kontraktor Bina Rumah di Hulu Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Langat Kontraktor Bina Rumah di Kuala Selangor Kontraktor Bina Rumah di Petaling Jaya Kontraktor Bina Rumah di Sabak Bernam Kontraktor Bina Rumah di Sepang Kontraktor Bina Rumah di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Lumpur Kontraktor Bina Rumah di Shah Alam Kontraktor Bina Rumah di Kapar Kontraktor Bina Rumah di Meru Kontraktor Bina Rumah di Puncak Alam Kontraktor Rumah Bina Rumah Pinjaman LPPSA Pengeluaran Kwsp Spesifikasi Rumah Rumah IBS Pelan Rumah Rekabentuk Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kontraktor Rumah Selangor Rumah Banglo Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Johor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Terengganu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Perak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri MelakaBina Rumah Atas Tanah Sendiri Negeri Sembilan Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Loan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Skim Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2021 Pakej Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah SendiriBina Rumah Bawah 100k Kelantan Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah 2022 Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Pengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Bina Rumah Murah Kontraktor Bina Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Bajet 50k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Bina Rumah Bajet 30k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Bajet 10k Bina Rumah Bajet 50k Selangor Bina Rumah SendiriBantuan Bina Rumah Atas Tanah SendiriKos Bina Rumah 2022Kos Bina Rumah 20×30 Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah SendiriPengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Kalkulator Bina Rumah Sendiri Pengeluaran Kwsp Untuk Bina Rumah Loan LPPSA Untuk Bina Rumah Kos Bina Rumah Bajet Kos Bina Rumah Kampung Bina Ayat Rumah Tangga Binatang Di Dinding Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pinjaman LPPSA Ubahsuai Rumah Pinjaman LPPSA Beli Rumah Pinjaman LPPSA Bina Rumah Pinjaman LPPSA Untuk Beli Tanah Pinjaman LPPSA Untuk Bina Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pertanian Pinjaman LPPSA Jenis 5 Pinjaman LPPSA Atau Bank Semak Baki Pinjaman LPPSA Semakan Baki Pinjaman LPPSA Semak Baki Pinjaman LPPSA Sms Jenis Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Kelayakan Pinjaman LPPSA Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Bina Rumah Borang Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Pinjaman Perumahan LPPSA Pinjaman Ubahsuai Rumah LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Untuk Ubahsuai Rumah Pinjaman Perumahan LPPSA Vs Bank Pinjaman Bank Ke LPPSA Pinjaman Bersama LPPSA Pengiraan Kos Bina Rumah Sendiri Cara Jimat Buat Rumah Sendiri Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Pengalaman Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Kos Bina Rumah 20×30 Kos Bina Rumah Paling Murah 2022 Harga Upah Tukang Rumah 2022 Kos Bina Rumah Kampung Kos Bina Rumah Bajet Anggaran Kos Bina Rumah 3 Bilik Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kalkulator Bina Rumah Sendiri Rate Loan Rumah Kelayakan Loan Rumah Pinjaman Perumahan Public Bank Interest Bank Loan Rumah 2023 Interest Loan Rumah 2023 Berapa Lama Bank Proses Loan Rumah Cara Kira Interest Loan Rumah Bank Loan Rumah Terbaik Interest Bank Loan Rumah Public Bank Loan Rumah Affin Bank Loan Rumah Letter Offer Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Calculator Hong Leong Bank Loan Rumah Mbsb Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Cimb Bank Loan Rumah Agrobank Loan Rumah Bank Mana Senang Lulus Loan Rumah Bank Rakyat Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Bank Terbaik Untuk Loan Rumah Bank Call Untuk Pengesahan Loan Rumah Bank Muamalat Loan Rumah Bank Yang Mudah Lulus Loan Rumah Bank Akan Call Untuk Loan Rumah Bank Mbsb Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Contact Number LPPSA

0
  Related Posts
  • No related posts found.

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X