NAYPYIDAW: Sekurang-kurangnya 236 orang maut, manakala 77 lagi masih hilang selepas Taufan Yagi menyebabkan banjir teruk di beberapa kawasan di Myanmar.
Akhbar Global New Light of Myanmar yang dikendalikan oleh kerajaan hari ini memetik Pejabat PBB bagi Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) sebagai berkata, angka korban mungkin lebih tinggi.
“Beberapa sumber menunjukkan ratusan orang mati, dengan banyak lagi yang hilang,” jelas OCHA yang menambah, sebanyak 631,000 orang turut terjejas akibat banjir ...