Hampir tujuh tahun bersama, pasti ramai peminat terkejut dan berharap pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin akan kembali bersama serta terus bahagia melayari bahtera rumah tangga.
Susulan apa yang terjadi pada pasangan itu, ada seorang peminat menghasilkan video buat Fattah dan Fazura serta membuat andaian bahawa aktres itu masih menyayangi suaminya kerana tidak memadam video kenangan mereka bersama di media sosial.
BACA: Umie Aida Nasihat Netizen Tak Perlu Campur Urusan Fattah & Fazura
Read More →

“Kena Sedar Diri Kita” – Pelakon Baru Idam Trofi Oscar, Beto Kusyairy Titip Nasihat
Baru-baru ini, seorang pelakon lelaki berkata kemenangan sesebuah anugerah bukanlah pengukur kejayaan dalam kariernya.
Bagaimanapun, pelakon itu berkata dia menyimpan impian untuk memenangi trofi Anugerah Oscar yang disifatkan lebih ‘legit’.
BACA: “Walau Niat Dakwah Ianya Tetap Haram & Berdosa”
Memetik Astro Gempak, pelakon Beto Kusyairi yang ditanya sama ada dia pernah memburu untuk memperoleh trofi Oscar berkata dia tidak pernah mengejar mana-mana anugerah, seseorang itu perlu sedar diri dan ruang.
“Kita kena sedar ruang kita, kita kena sedar diri ...

Bot pelancong ditahan bawa penumpang lebih had
BESUT: Sebuah bot pelancong ditahan selepas didapati membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan di perairan Kuala Besut di sini, hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abdul Majid berkata, bot terbabit ditahan di kedudukan 28 batu nautika Barat dari Kuala Besut di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari.
“Bot penumpang tersebut ditahan dan diperiksa oleh bot peronda Maritim Malaysia dan didapati membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan pihak Jabatan Laut Malaysia.
“Hasil pemeriksaan juga mendapati di dalam lesen bot ...

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam muara Sungai Muda
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam muara Sungai Muda berhampiran jeti pendaratan ikan Pasar Bisik di Kuala Muda, di sini tengah hari tadi.
Mangsa, Zubir Hassan yang berumur lingkungan 30-an dipercayai terjatuh semasa berada di atas salah sebuah jeti di situ sebelum hilang dibawa arus.
Beberapa nelayan yang kebetulan berada di lokasi kejadian membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ...

Warga emas maut dihempap pokok di Balok
KUANTAN: Seorang warga emas maut dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Pantai Balok di sini hari ini.
Mangsa, Che Zakaria Che Ali, 68, yang berasal dari Kemaman, Terengganu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua lagi mangsa iaitu wanita dewasa dan kanak-kanak mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan, Mejar Pertahanan Awam (PA) Zahidi Zainudin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu sekitar pukul 3.36 petang.
Katanya, seramai enam ...

Warga emas maut dihempap pokok di Balok
KUANTAN: Seorang warga emas maut dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Pantai Balok di sini hari ini.
Mangsa, Che Zakaria Che Ali, 68, yang berasal dari Kemaman, Terengganu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua lagi mangsa iaitu wanita dewasa dan kanak-kanak mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan, Mejar Pertahanan Awam (PA) Zahidi Zainudin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu sekitar pukul 3.36 petang.
Katanya, seramai enam ...

Banjir: Cuti anggota bomba dibekukan
KUBANG PASU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah membekukan cuti anggota dan pegawainya susulan situasi banjir yang melanda negeri ini selain jangkaan hujan dan fenomena air pasang besar.
Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata, tindakan itu sebagai salah satu langkah berjaga-jaga diambil pihaknya dalam menghadapi sebarang situasi.
Katanya, pemantauan sentiasa dilakukan terutamanya terhadap rumah-rumah yang terletak berhampiran sungai agar mangsa terlibat dapat dipindahkan ke tempat selamat dengan segera.

Fazura Mohon ‘Dilepaskan’ Secara Baik
Hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon jelita Nur Fazura memohon agar suaminya, Fattah Amin ‘melepaskan’ dirinya secara baik.
Memetik Utusan Online, sumber memberitahu perkara tersebut dinyatakan oleh Fazura dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Jumaat lalu.
BACA: Individu Dedah Fattah Amin Tak Pernah Curang, Dakwa Fazura Ada Orang Lain?
Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau bercerai secara baik.
Menurut sumber lagi, tarikh sebutan bagi permohonan ...

Meta sekat rangkaian media Russia

NEW YORK: Syarikat pemilik Facebook, Meta mengumumkan penyekatan RT News, Rossiya Segodnya dan rangkaian media negara Russia yang lain daripada platformnya. Tindakan itu dibuat berikutan rangkaian media berkenaan didakwa menggunakan taktik penipuan untuk menjalankan operasi pengaruh rahsia dalam talian. Perkara itu menandakan peningkatan sekatan syarikat media sosial terbesar dunia itu terhadap media Russia. “Selepas pertimbangan… … Read More →

Tiada laporan salah laku GISBH di Melaka
MELAKA: Kerajaan negeri belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan ajaran sesat yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) yang terdapat di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, walaupun belum menerima sebarang laporan namun JAIM diarahkan untuk memantau sebarang aktiviti GISBH.
Menurutnya, kerajaan negeri menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa yang sedang memperincikan dapatan-dapatan daripada kajian mereka berkaitan GISBH di seluruh negara.
Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka dan sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk ...