Blog

Berang diganggu ketika tidur, lelaki Bangladesh tetak leher rakan

KLUANG:;Berang kerana diganggu ketika tidur, seorang lelaki warga Bangladesh maut apabila lehernya ditetak menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di Flat Haji Manan, di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian disedari empat rakan mangsa yang tinggal di dalam bilik berasingan kira-kira pukul 8 pagi sebelum memaklumkan majikan mereka yang kemudian menghubungi polis pada pukul 10 pagi. 

Katanya, mangsa, Mohammad Sobuj, 28, yang tinggal sebilik dengan suspek, Miah ...

Read More →

Lantikan Fadillah Sarawak terhadap tenaga boleh diperbaharui

KUCHING: Lantikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memegang peranan baru sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam turut memberi peluang kepada Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelasnya, Sarawak diketahui  mempunyai agenda terhadap tenaga boleh diperbaharui itu membolehkan dasar tenaga diatur semula serta meletakkan Malaysia sebagai hab hijau di rantau ini.

“Dengan penekanan Sarawak terhadap tenaga boleh diperbaharui adalah wajar bagi melantik Datuk Seri Fadillah untuk mengatur semula dasar tenaga dalam usaha ...

Read More →

Polis periksa sekali lagi Blok R malam ini

PETALING JAYA : Kedatangan sekali lagi Unit Forensik di Blok R yang menempatkan kediaman keluarga kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin malam ini menimbulkan tanda tanya.

Ini kerana selang sejam lebih Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia meninggalkan blok berkenaan, lebih empat kenderaan Unit Forensik pula dilihat memasuki sekitar pekarangan blok sama kira-kira pukul 7.55 petang.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata, kehadiran Unit Forensik adalah bagi melakukan pemeriksaan rumah ke rumah malam ini.

Kata ...

Read More →

Mak Wan Hampir Pengsan Dengar Tuduhan ‘Sondol’ Suami Orang

Pelakon veteran Mak Wan Latah hampir pengsan apabila mengetahui dia dituduh cuba mengganggu rumah tangga orang lain sehingga pasangan itu hampir bercerai.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Mak Wan menafikan tuduhan berkenaan serta menegaskan tidak pernah menganggu rumah tangga sesiapa.

BACA: 6 Bulan Tiada Job Berlakon, Mak Wan Niaga Kecil-Kecilan Teruskan Hidup

“Saya tak mengganggu sesiapa, saya tak ambil atau kacau suami orang. Saya tak pernah ganggu rumah tangga orang. Saya tak buat walaupun saya miskin dan susah. Saya tak buat! ...

Read More →

Imej Seksi Di Usia 40-an, Netizen Tegur Nora Danish ‘Sedar Diri’ – “Takpe, Nanti Ramadan Khatam Quran Dia Boleh Nangis Lagi”

Pemakaian selebriti jelita Nora Danish sering dipuji tampak muda dan sentiasa vogue meskipun sudah beranak dua malah wajahnya juga dilabel ‘vampire‘ kerana tidak dimamah usia.

Terbaru, aktres berusia 41 tahun berkongsi foto mempamerkan dirinya memakai seluar bersama sleeveless suit berwarna hijau dan ia telah mengundang pelbagai kritikan warganet.

Advertisement

Mana tidaknya, Nora dilihat tidak memakai inner ...

Read More →

(VIDEO) “Tak Tanya Dulu Ke Cita-Cita Diorang?” – Mahu Ketujuh-Tujuh Anak Jadi Doktor, Netizen Pertikai Tindakan Sheikh Muszaphar

Menerusi perkongsiaan seorang individu di laman TikTok yang memaparkan angkasawan negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, dia telah meluahkan Hasrat mahu ketujuh-tujuh anaknya menjadi doctor.

Kata Sheikh Muszaphar, dia mendidik anak-anak dengan menyebut cita-cita mereka sebelum tidur.

Advertisement

I want them all to become doctors so I write it down for them ‘I want to become doctors’..”

Read More →

5 warga asing ditahan, sindiket palsu pasport ditumpas

 

BAYAN LEPAS: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan lima warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi di beberapa unit rumah pangsa di Bayan Baru, di sini hari ini.

Pengarah JIM negeri, Shah Inor Shahbudin berkata, dalam operasi yang bermula pukul 12.30 pagi itu seramai 33 individu berusia 30 hingga 50 tahun telah diperiksa dari 11 unit rumah.

Read More →

Sultan Johor bebas beri pandangan, prinsip Perlembagaan tetap dipertahan

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bebas memberi apa jua pandangan termasuk mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petronas susulan pelantikannya sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tetap mempertahankan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

“(Sultan Johor) hanya lontar pandangan, kita boleh bincang, bagi saya tidak ada masalah. Ia tidak langsung akan menggugat kuasa dan peruntukan Perlembagaan negara kita.

“Itu pandangan saya. Saya bukan nak ulas tapi kerana saya ...

Read More →

Izreen Azminda Hilang Sabar Dengan Intan Saleh, Dakwa Bertahun Kena ‘Provoke’

Meskipun sudah bahagia dengan pasangan dan mempunyai keluarga baru, namun kemelut antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Salleh belum berakhir.

Terbaru, Izreen dilihat ada memuat naik perkongsian di Insta Story seolah hilang sabar serta mendakwa Intan hanya ‘berhalusinasi’ bahawa dia menganggu wanita tersebut.

BACA: Izreen Azminda Ajak Intan Salleh Berjumpa

Izreen mendakwa sebaliknya bekas isteri suaminya itu kerap melakukan provokasi dengan sengaja sehingga dia nekad mengambil tindakan undang-undang.

Read More →

Page 1,237 of 1,264 «...1,2101,2201,2301,2351,2361,2371,2381,239...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X