KUALA NERUS: Kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang menyentuh kemungkinan bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri dibimbangi menggugat keharmonian dalam negara.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kit Siang tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sehingga menyebabkan isu tersebut disiasat polis.
Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, siasatan polis terhadap bekas Setiausaha Agung DAP itu adalah wajar bagi memelihara keamanan dalam kalangan rakyat.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memanggil beliau (Kit Siang) untuk disoal siasat, jadi serahkan ...